MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

POLITIK ANWAR PENUH DENGAN ‘ INTRIGUE’

Pandangan Webmaster

Memang benar tidak ramai yang tahu kerja dalaman politik DSAI. Tetapi umumnya ramai juga yang menyedari bahawa niat perjuangan itu dilandaskan kepada perjuangan agama yang diperkotak-katikan oleh pemimpin UMno bernama Mahathir semenjak beliau memegang jawatan Perdana Menteri/ Presiden UMno.

Pada umumnya artikel ini berniat memusuhi DSAI yang diketahui oleh rakyat perjuangannya mahu menegakkan Islam di negara ini. Persoalannya, kenapa DSAI tidak menyertai PAS saja?

Rakyat tahu bahawa PAS adalah musuh atau persaingan kepada UMno dalam perebutan kuasa. Perubahan ke arah keIslaman tidak akan berjaya dilakukan tanpa adanya kuasa politik yang membantu. Justeru itu Mahathir selalu mencanangkan bahawa perjuangan PAS adalah untuk 'kuasa' dan bukan ikhlas untuk agama.

Hakikatnya, untuk menegakkan agama Islam di negara ini, kita memerlukan kuasa politik yang merupakan satu-satunya jalan ke arah sedemikian. Mahathir tahu ini, PAS juga tahu. Perkara ini juga disedari oleh DSAI yang akhirnya membuat keputusan untuk 'berjuang dari dalam'.

Walau pun niat DSAI ditentang keras oleh beberapa pemimpin PAS sendiri, tetapi beliau sudah nekad bahawa 'tanpa dipecahkan ruyung, manakah ada sagunya!!'.

Niat Penulis menyebutkan konspirasi terhadap DSAI amat mencurigakan. Perbuatan ini amat jelas mahu menutup konspirasi Mahathir yang menjatuhkan perjuangan DSAI, sinonim menghapuskan perjuangan Islam di bumi Malaysia. Kita tahu bahawa semasa Tengku Razaliegh memegang portfolio Menteri Kewangan, beliau antara menteri berstatus 'lama' yang masih memegang kepada pertanggungjawaban terhadap rakyat dan negara.

Justeru ketika itu negara mampu mengurangkan desifit luar negara dan negara memiliki tabungan yang baik ketika itu. Penyingkiran Ku Li semenjak tahun 1987/1988 adalah satu-satunya halangan lagi yang membolehkan beliau menjayakan 'konsfirasinya' membalun kekayaan negara' di sebalik pelbagai dasar pengkorporatan dan penswastaan serta bermegah-megah dengan agenda projek mewah yang diwar-warkan. Ini konspirasi sebenar.

Perbuatan Mahathir membalun khazanah negara ini disedari oleh rakyat yang sensitif kepada perubahan segala dasar negara, termasuklah DSAI dan pemimpin pembangkang sendiri.

Tuduhan DSAI yang 'gilakan' jawatan nombor satu jika benar sekalipun mempunyai asas yang kukuh iaitu untuk memartabatkan Islam ke singsahsananya, sekaligus menghapuskan perbuatan salah laku Mahathir yang membalun khazanah negara.

Perkara ini terbukti apabila beliau memangku jawatan PM selama dua bulan dan beliau meminda Akta Rasuah yang membenarkan pemimpin disiasat dan mengistiharkan harta mereka.

Seharusnya niat DSAI itu disokong. Malahan PAS juga bersikap demikian kerana perjuangan Islam itu mesti mendahului lain-lain kepentingan. Jika DSAI mampu memartabatkan Islam sebagai perundangan dan mentadbir negara maka itu sudah menyelesaikan sebahagian besar perjuangan PAS yang semata-mata ikhlas kerana Allah.

Justeru itu PAS amat bersimpati dengan konspirasi yang melanda DSAI.

DSAI disifatkan penulis sebagai 'pembohong' menggambarkan bahawa beliau irihati dengan kelebihan yang ada pada DSAI. Keramahan dan sifat penyayang yang ada pada DSAI mungkin jika nak dibandingkan dengan lain-lain pemimpin UMNo ibarat langit dengan bumi. Sebagaimana diketahui, cubalah anda senaraikan manakah pemimpin UMno yang tidak boleh dikaitkan dengan 'wanita'?

Kemesraan DSAI adalah meng'iya'kan bahawa perpaduan dan persaudaraan Islam. Webmaster pernah berpengalaman menyambut kedatangan DSAI setahun sebelum beliau dipecat di Hotel Casaurina, Ipoh. Beliau turun dari kenderaannya memeluk dan bergandingan dengan webmaster, padahal itu baru pertama kali kami bersua muka. Dan ketika itu webmaster bukan berminat sangat dengan arena politik negara yang diketahui 'kotor'nya. Ini membuktikan bahawa DSAI memiliki sifat kepimpinan terpuji yang jarang dimiliki oleh kepimpinan lain yang biasanya 'ego' dan membesar diri ketika bertemu rakyat.

Ramai yang tidak menyedari bahawa Mahathir menumpang 'tuah' dan kelebihan DSAI apabila prestasinya diperkatakan semenjak menyingkirkan Ku Li dan sebelum itu lagi. Apabila Ku Li menjadi saingan yang kuat dan mengancam kedudukan Mahathir sebagai Presiden UMNo, DSAI muncul sebagai penyelamat kerana 'tingkah laku dan amalan politik bersih ' beliau memberikan simpati kepada Mahathir, selain tipu helah Mahathir untuk menang.

Penulis sendiri mengakui hal ini di bawah perenggan:

"Penyerahan kuasa Ketua Pemuda secara licin dari Anwar ke Najib menjadi senjata muktamad memenangkan Mahathir ke atas Ku Li. Dan sekaligus Anwar mendapat ganjaran sebagai Naib Presiden yang ke tiga, satu tangga lagi untuk ‘ke sana’."

Seperkara lagi penulis hanya menumpukan fokusnya kepada DSAI menyebabkan saya bersimpati dengan nasib yang diterima DSAI. Pepatah Melayu ada mengatakan 'sudahlah jatuh, ditimpa tangga' menampakkan usaha penulis memburukkan lagi situasi yang diterima oleh DSAI akibat konspirasi Mahathir-Daim dalam hal ini.

Saya berasa bahawa penulis menerima sagu hati secukupnya untuk menggarap artikel ini bagi menyelamatkan maruah Mahathir menjelang Perhimpunan Agong UMNo kali ini (rencana ini diterbitkan sebelum Perhimpunan UMNo).

Jika bapa kencing berdiri, pastilah anak kencing berlari. Jika penulis menyifatkan perlantikan Johan Jaafar sebagai Editor Utusan bagi membantu perjuangannya, ia tidak bercanggah kerana terpaksa menewaskan gurunya (Mahathir) yang memiliki segalanya termasuk kepentingan dalam akhbar tempatan. Juga kuasanya sebagai Menteri Dalam negeri untuk menarik balik atau mengugut mana-mana akhbar yang cuba menyanggah kepentingan politiknya.

Ini baru dikatakan 'pertarungan satu gelanggang' kerana tinju melawan gusti hanya dibuat beberapa kali dan nyata tidak sesuai untuk dipertontonkan kerana berlawanan dengan etika dan peraturan permainan.

Pengorbanan mana-mana pemimpin UMno dalam hal ini sewajarnya berlaku untuk naik sebagai 'nombor satu'. Malahan sikap Mahathir yang berdolak-dalik antara mahu menyerahkan 'takhta PM' kepada Timbalannya itu dan dalam keadaan tertentu berbohong pula, merupakan satu sikap keji dan jijik.

Jika penulis menuduh DSAI sebagai: "Sifat pembohong dan ingin mengambil ‘credit’ ini terbawa-bawa dalam pemilihan parti di peringkat bahagian hingga di hari ini. Dia boleh menyokong secara sulit ke atas dua calun yang bertentangan. Baginya siapa yang menang tetaplah orang dia. Apakah bentuk Islam yang diperjuangkan oleh Anwar dengan sikapnya sebegini, hanya dia sendirilah yang tahu!" maka sikap pembohong yang dimiliki oleh Mahathir sebenarnya lebih berkali ganda, bermula dengan politik wang, tipu undi dan menggunakan kuasa MT sebagai memenuhi nafsunya untuk menjadi diktator. Malah lebih buruk jika ditambah Mahathir memperlekeh agama, menghina Nabi dan mengecam ulama.

Webmaster rasa pasti idea sebenar dari manakah tulisan ini berasal walaupun diketengahkan oleh Tukang Foward. Idea dalam tulisan ini membawa ingatan webmaster kepada seseorang dari utara yang seringkali menyatakan simpati kepada DSAI dan mendakwa rapat dengan beliau tetapi dalam masa yang sama mengecam beliau secara lisan. Penulisan artikel ini sinonim dengan idea yang pernah disampaikan kepada webmaster dua tahun lalu, iaitu selepas DSAI dipecat.

Berapakah bayaran penulis yang dilontarkan kepada penulis itu perkara kedua. Namun ia membuktikan satu perkara bahawa 'MESKIPUN DSAI DIPENJARAKAN, NAMUN PENGARUHNYA KE ATAS ARENA POLITIK NEGARA INI TETAP MENGGEGARKAN!!!'

Polong Cyber
Webmaster Laman Minda Rakyat

 counter.bloke.com